Saturday, December 18, 2010

Siantan

Siantan@22331







Siantan - Rubiaceae - Keluarga Bedstraw

Tanaman hiasan ini mempunyai variasi keluarga yang besar, iaitu 7000 spesis.  Siantan juga dikenali dengan nama Ixora.


PUISI MELAYU LAMA

Berarak mega ditiup bayu,
Seludang mayang gugur ke taman;
Bunga dipuja sebelum layu,
Jasa dikenang sepanjang zaman.

PUISI MELAYU BARU

Negeri Tercantik

Tahukah
negeri tercantik dan sayu
ialah negeri yang kita tinggalkan
semasa menjadi kanak-kanak dan dibesarkan alam

Sebuah negeri yang menyimpan pengalaman
negeri yang menyanyikan keharuan
negeri yang menyambut kepulangan
ketika kita tua, lelah dan kebosanan

Ia terbenam di celah-celah kenangan
ditelah masa, disisih kehidupan
ia adalah negeri tercantik dan sayu
apabila kita pulang dengan mimpi dan rindu.

1985

Sajak oleh,  NAHMAR JAMIL

No comments:

Post a Comment