Saturday, December 18, 2010

Heliconia

Heliconia@22331


Heliconia berasal dari perkataan Yunani helikonios.  Tanaman ini tergolong dalam keluarga Heliconiaceae dan keluarga Musaceae.  Tanaman ini mempunyai variasi antara 100 hingga 200 spesis.  Nama lain tumbuhan ini ialah lobster-claws, wild plantains dan false bird-of-paradise.




PUISI MELAYU LAMA

Perbilangan Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Duduk berpelarasan,
Dekat rumah dekat kampung,
Sehalaman sepermainan,
Seperigi sepermandian,
Segayung sepergiliran,
Sejamban setepian,
Muafakat tak berubah,
Rahsia tak bertukar,
Ibarat labu menjalar ke hulu,
Ibarat kundur menjalar ke hilir,
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama diambil,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangi.




PUISI MELAYU LAMA

Perbilangan Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Kelebihan nabi dengan mu'jizat,
Kelebihan umat dengan muafakat,
Air melurut dengan alurnya,
Benar melurut dengan muafakatnya,
Negara tumbuh dengan adatnya,
Tatkala kecil dengan muafakat,
Sudah besar bernama adat,
Si raja adat kepada muafakat,
Muafakat lalu di dalam gelap,
Adat lalu di tengah terang,
Hilang adat kerana muafakat.


No comments:

Post a Comment